"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Sunday, August 14, 2011

Mencari Malam Lailatul Qadar

Pesan Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W (Selawat Dan Salam Ke Atas Baginda) adalah malam Lailatul Qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (Hari Ganjil) Bulan Ramadhan.


Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulamak untuk cari mencari malam Lailatul Qadar


Jika Awal Ramadhan jatuh pada hari :-

1). Ahad atau Rabu – Malam Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan

2). Isnin – Malam Qadar dijangka berlaku pada malam 21 Ramadhan.

3). Selasa atau Jumaat – Malam Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan

4). Khamis – Malam Qadar dijangka berlaku pada malam 25 Ramadhan

5). Sabtu – Malam Qadar dijangka berlaku pada malam 23 Ramadhan


Kata Syeikh Abu HassanBahawa setelah dia baligh, dia sentiasa menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah beribadat pada malam yang ditentukan sahaja. Carilah malam Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga”.


Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar ialah :-

1). Malam itu tenag, tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas.

2). Siang harinya matahari berwarna kekuningan.

3). Pada malam itu malaikat Jibrail akan meniup rasa sayu pada orang yang beribadat pada malam tersebut dan tandanya ialah kita tiba-tiba akan merasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.


Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir Ramadhan dengan beribadat kepada Allah S.W.T dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan daripada Allah yang kelebihannya pahalanya melebihi – 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.


Jangan hapuskan malam Lailatul Qadar dengan melakukan dosa sepanjang tahun..

10 comments:

Browacana said...

Malam nie dah start pencarian malam lailatul qadar....15 malam terakhir.... Sama-sama menjalani ibadah dengan penuh ikhlas..

Cik Sara said...

subhanallah..perkongsian yang menarik..Yok sama-sama mencari malam lailatulqadar ini..

♥ Nana BamBam ♥ said...

subhanallah, bagus info nie.

Bob Merley said...

sama la kita pakat cari ramai-ramai

Awangku Johan said...

@@ Pembawa_Wacana
iya.. sama2 kita ikhlas dalam beribadat...

Awangku Johan said...

@@ Cik Sara
harap kita sama2 mencari malam lailatul qadar tesebut

Awangku Johan said...

@@ ~Nana 귀여운~
trima kasih

Awangku Johan said...

@@Bob Merley
mulai malam ni kita sama2 mencari malam tersebut

Unknown said...

info yg berguna...thanx

dean said...

jom..kita carik malam laitul qdar ni..

pe ek tjuk muzik gratizan kt blog percubaan pertama ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...