"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Friday, December 31, 2010

Happy New Year + Azam 2011



Selamat Menyambut Tahun Baru 2011 buat rakan-rakan sekalian..

Malam ini saya just stay kat rumah jer.. Tak celebrate Tahun baru pun.. Hurmm.. macam malas la nk wat countdown.. hurmm biasa lah kan kat kampung bukan ada sambutan apa-apa pun..

Ni pun ramai dah member-member sekampung ni p pantai kat kampung ni.. Dorang nak p tengok pertunjukkan bunga api kat Pulau Labuan seberang laut sana.. Kampung saya ini dekat dengan Pulau Labuan jer..

Daripada saya buang tenaga kat sana dengan memberi darah free kat nyamuk bagus saya duduk kat rumah tonton tv, main fb, blog, ym sambil-sambil makan jajan.. Hehehehe..

Arggghhh… sayangnya nak tinggalkan tahun 2010. Macam-macam memori 2010 melayang-layang dalam fikiran. Ada yang manis, ada yang pahit.. Yang pahit buat pengajaran. Yang manis pula dijadikan kenang-kenangan.. Hehehe….

Harapan saya, smoga tahun 2011 ini lebih baik daripada tahun sebelumnya… Semoga ukhuwah yang telah sedia ada berkekalan hingga ke akhir hayat. Semoga ilmu yang diperolehi sepanjang hayat ini menjadi bekalan dunia dan akhirat kelak.. Akhir kata, SELAMAT TAHUN BARU 2011… J

++Azam Tahun 2011++

Azam saya thn 2011..keje rajin2 (collect sbyk mn pgalaman), collect duit (ada rezki cntinue my further study), rajin2 workout - biar pun x p gym tp usaha mwujudkan mini gym, rajin sembahyang, x nak notty2, teringin p melancong (stanley amacam project melancong kita? -à Stanley adalah rakan seUPSI dan teman 1 bilik masa praktikum)..

apapun

good bye 2010 and welcome 2011...

Refleksi 2010 ‘kunci’ lembaran 2011



Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullilah


Bila dihitung kira hari-hari yang berlalu, Hampir setiap hari saya meninggalkan coretan di dalam Percubaan Pertama ini. Tirai 2010 bakal berlabuh sedikit masa lagi dan yang pasti 2011 bakal membuka satu lagi lembaran baru dalam kehidupan kita kelak.

Sedikit masa saya perlukan untuk penyesuaian dengan semua keadaan di sekeliling, disamping memberi ruang kepada saya untuk membuat persiapan rohani, emosi dan jasmani sebagai persediaan untuk tahun baru. Tough times never last.

Sudah tiba masa saya benar-benar serius untuk menukar paradigma sebagai pelajar kepada figura penting yang bertindak ‘memanusiakan pelajar-pelajar saya kelak. Besar istilahnya sebagai GURU biarpun kadangkala dianggap enteng oleh sesetengah pendapat.

Suka saya berkongsi peribahasa cina yang dipelajari, ‘ming shi chu gao tu (guru yang baik akan lahirkan pelajar yang baik)- peribahasa cina.

2010 hanya akan berlalu dengan coretan peristiwa yang sudah tersedia berlaku. Dan yang paling penting sebagai hamba, setiap perkara penting untuk kita mengambil iktibar serta mengkoreksi diri samaada setiap waktu pinjaman-NYA sudah dimanfaatkan atau sebaliknya.

Saya kira anjakan perubahan daripada alam mahasiswa kepada alam pekerjaan merupakan satu lagi metamorphosis yang perlu saya lalui dalam peringkat hidup. Pekerjaan yang kita lakukan dalam kehidupan seharian baik sebagai lao shi (guru) mahupun tong xue (pelajar) sudahkah cukup baik untuk mendapat ganjaran pahala ibadah?

Melihat keseluruhan gaya penulisan saya pada tahun ini juga lebih banyak menyentuh kepada pengalaman semasa, perkongsian mengenai hal-hal agama serta cerita-cerita teladan, dan dari situ saya berkongsi sedikit kisah masam manis saya. Seawal tahun 2010 saya sudah memulakan praktikal di Selama, Perak bagi melengkapkan ijazah pertama, dan kemudian menjadi Research Assistant (RA) tuk kajian pensyarah saya serta bekerja di Pejabat Pentadbiran Kolej Kediaman UPSI (KHAR) di bawah naungan HEP UPSI. Moga-moga dengan sedikit pengalaman sedikit sebanyak mampu untuk membantu saya di dalam profesion perguruan.

Mengapa perlu dilakar semua pengalaman-pengalaman yang sedia sudah berlaku?

Muhasabah buat kita. Moga-moga kita tidak lupa setiap ujian, kejayaan, kesusahan, kegembiraan, kepahitan itu sebenarnya sentiasa menyedarkan hakikat kita sebagai hambaNYA. Hidup ini pengakhirannya diakhirat sana.

Tahun 2010 tahun yang pendek.

Sedar tidak sedar kita sudah sampai ke penghujungnya. Jadikan hari ini lebih baik dari hari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini. Ameen.

Allahurabbi.

Oh ALLAH

Give me the guidance

To know

When to hold on

And

When to let go

And the grace

To make the right decision

With dignity

Ameen.

Tips? Panduan Atasi Zina Hati


Ihsan dari Mr. Google


Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati.


Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.


Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu.


Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi. Antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis."


Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran Al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: "Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih." (Surah Yusuf, ayat ke-24)


Berikut adalah beberapa tips yang ingin dikongsikan bersama :


Ikhlas kepada Allah.

Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.


Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: "Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah.

Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.


Mengurus mata dan pandangan.

Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh.


Ibnu Qayyim menyatakan: "Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya."


Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik.

Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

Jumaat Datang Lagi --> Breakfast


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semuaa…

Akhirnya jumaat datang lagi.. So, hari ni selamat bercuti ya buat semua rakan-rakan bloggers.. Cuti umum katakana.. Hahahaa..

Kepada kaum-kaum Adam jangan lupa pulak hari ni hari jumaat… Alaaaa.. apa lagi nanti solat Jumaat tau.. jangan pulak tak pegi bersolat.. Huhuhu.. Solat itu adalah tiang agama, so tunaikanlah dengan ikhlas..

Hurrmm… baiklah, saya pun dah naka p bersarapan ni.. Meh tengok apa sarapan saya di pagi jumaat ini.. Sedap tau… feveret saya lagi Karipap.. Hahaha.. eh ada satu kuih lagi itu pulut panggang.. Alamak, air liur dah meleleh… Ok laa.. nak p bersarapan dlu..

Byeeee…


Kuih karipap dan pulut panggang

Tinggal Solat Dosanya Lebih Besar dari ZINA

Pada satu senja yang lengang, kelihatan seorang wanita berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menunjukkan dia dicengkam kesedihan manakala kerudungnya menutup rapat hampir seluruh wajahnya.


Walaupun tidak bersolek atau memakai perhiasan lain di tubuhnya, kulitnya yang bersih, memiliki tubuh yang ramping dan rona wajah yang ayu, tetap tidak dapat menghapuskan kepedihan yang sedang membelenggu hidupnya.


Dia melangkah perlahan-lahan mendekati rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Apabila terdengar ucapan 'silakan masuk' dari dalam, wanita cantik itu melangkah masuk sambil kepalanya terus tertunduk.


Air matanya berderai ketika dia berkata: "Wahai Nabi Allah, tolonglah saya, doakan saya supaya Tuhan berkenan mengampunkan dosa keji saya," "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya," jawab wanita cantik itu. "Katakanlah, jangan ragu-ragu," desak Nabi Musa.


Lalu wanita itu memulakan cerita, "Saya... telah berzina." Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari penzinaan itu, saya pun... hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya…cekik lehernya sampai…mati," cerita wanita itu sambil menangis sekuat-kuat hati.


Mata Nabi Musa berapi-api dan dengan muka yang berang, dia mengherdik, "Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Supaya seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!" teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.


Mendengar herdikan itu, wanita itu pun segera bangun dan berlalu dengan hati yang hancur luluh. Ketika keluar dari rumah Nabi Musa, ratapannya amat memilukan. Dia terfikir ke mana lagi dia hendak mengadu kerana apabila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang betapa besar dosanya dan jahat perbuatannya.


Tetapi dia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun berjumpa Nabi Musa. Lalu Jibril bertanya: "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu ada dosa yang lebih besar daripadanya?"


Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?" tanya Nabi Musa kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?" "Ada," jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Nabi Musa lagi.


"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina." Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita itu untuk menghadapnya semula.


Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon ampunan kepada Allah S.W.T untuk wanita itu.


Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu ke atas dirinya.


Bererti, dia seakan-akan menganggap remeh perintah Allah, bahkan seolah-olah menganggap Allah tiada hak untuk mengatur dan memerintah hambaNya. Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan bersungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dalam dada, yakin bahawa Allah S.W.T itu ada dan berada di jalan ketaatan kepadaNya.


Itulah sebabnya Allah pasti mahu menerima taubatnya.


--------------------------------------------------------------------------------

'Solat Itu Tiang Agama' dan itulah yang diterapkan kepada kita sejak azali, meninggalkan solat diibaratkan meruntuhkan agamanya.


Tidakkah kita sedar berapa banyaknya waktu telah kita tinggalkan? Hari ini? Semalam? Kelmarin? Minggu lepas? Bulan lelps? atau tahun lepas?.


Sesungguh besarnya dosa meninggalkan solat tetapi ia bukanlah tiket untuk kita menghampiri zina.


Maka penuhilah tanggungjawab ibadah solatmu sebaiknya. Buat para ibu bapa turutilah saranan Rasulullah S.A.W dalam mendidik anak-anakmu.


Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

"Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat pada usia 7 tahun dan pukullah mereka (bila tidak mu) pada usia 10 tahun dan pisahkan mereka ditempat-tempat tidur". - HR. Ahmad dan Abu Dawud

Lelaki Usia 51 Tahun Mandi Dalam Ais

KETULAN ais diletakkan di sekeliling tubuh Wim Hof di Hong Kong semalam.



HONG KONG - Pemegang sembilan rekod dunia mandi dalam ais, Wim Hof dari Belanda membuat promosi di sini semalam.

Hof yang berusia 51 tahun menunjukkan kemahirannya dengan mandi dalam ais dengan tujuan untuk membangkitkan kesedaran mengenai pemanasan global.

Dalam aksinya itu, dia berendam di dalam tangki kaca yang dipenuhi dengan ais. - Reuters


p/s : Huhuhu.. Shingga sekarang masih lagi belum ada kesedaran mengenai pemanasan global.. Aduhhh apa nak jadi dengan bumiku ini.. Padahal Bumi ini kita pinjam tuk anak cucu-cicit kita.. Dan bukannya kita warisi tuk mereka.. Huhuhu...

Saya memang penyokong kempen kesedaran mengenai pemanasan global.. Ok, marilah kita sama-sama menyokong kempen ini... Hargailah Bumi kitaaaa...

Thursday, December 30, 2010

"giveaway 3 tahun blog misztrex!"


Alamak nampaknya ada rakan blogger pelawa aku lagi tuk join GA misztrex… Haaa nk tau sapa yg tag aku tu..??? sapa lagi, ni hamihemo laa…. Trima kasih la buat hamihemo coz pelawa saya tuk join GA misztrex… huhuuhu.. sedih.. coz pelawa saya.. Haaa... p tgok tuan punya GA ni... misztrex

Syarrat-syaratnya :-

1) follow blog http://misztrex.blogspot.com/ dan ingat no follower korang

Haik… saya dah follow yg ke 241

2) share dan like button facebook di entry ini dan sila ingat no like korang

Haik… sudah like yg ke 30 tuuuu..

3) buat satu entry bertajuk "giveaway 3tahun blog misztrex!" dan letak banner kat atas ni dan link kan ke entry ini

Haik… juga sudah diselesaikan… tgok atas bawah tu… hehe

4) tag 3 orang dan make sure mereka tahu

cikgu Ateh

cikgu Awin

cikgu Bib

5) letak banner giveaway di sidebar blog korang dan link kan ke entry ni

Haik… sudah bubuh arr.. tgok la kat sidebar tu hehehe

6) tinggalkan link penyertaan, no like button dan no follower korang kat comment entry ni.. untuk senang trex check nanti yea...

Haik… DONE

hadiah gerenti berguna punya dizaman serba canggih sekarang ni... HEHEHEHHEHE... tak percaya? tunggu~ dan kalau ramai yang join mungkin hadiah akan digandakan kira fair la bukan..

bermula sekarang 29/12/2010 sehingga 24 JAN 2011

Awek Khairul Fahmi pun Famous


Hurrmm nampaknya Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan Apek kini menjadi buruan gadis-gadis kerana kehebatannya menjaga gawang gol negara dengan hebat dan bergaya di Perlawanan Piala Suzuki 2010.

Kendatipun, awek Apek pun turut menerima tempias yang sama dan menjadi femes setelah kemenangan yang amat bermakna buat kita semua..

Tidak disangka pula, awek Khairul Fahmi Che Mat ini ada blog.. Haaa.. korang nak tau blog dia??? Nak tak?? Ini dia blog awek c Apek ni iaitu JejariRuncing yang kini mendapat kunjungan yang tidak pernah lekang oleh peminat Apek ini.. Hahaha.. Cayaaalaahh.. Apek femes.. Awek dia Elia pun femes hehe

Ni la blog Elia à awek khairul fahmi



Giveaway Yad'z "End of Year 2010"


Alamak nampaknya ada rakan blogger pelawa aku tuk join GA dia… Haaa nk tau sapa..??? sapa lagi, ni la tuan tanah tu.. Hehehe.. yad’z… Trima kasih la buat yad’z coz pelawa saya tuk join GA diaa… huhuuhu.. sedih.. coz pelawa saya..

Haaaa… korang nak tau apa adiah dia klik SINI.. mewah wooo top up tu.. hehehe



Ok syarat-syaratnya begini tau…

1). Buat entry.. tajuk suka ati korang laa (letak banner dan link ke sini)

Ok DONE


2). Kenangan terhebat masa berblogging tahun.

Nampaknya tahun ini baru saya serius dalam berblogging.. Rasanya takda kenangan terhebat kot, iyolah baru nak serius berblogging kan.. Hehehe.. Bagi saya kenangan terhebat tahun ini ialah selalu join segmen abang Ben Ashaari.. Biarpun tak menang tapi tercalon tuk yang menghantar jawapan tepat hehehe.. kira-kiranya 2 kali ar.. hehe.. Tu je kenangan yang hebat.. coz saya ini masih muda lagi dalam berblog ni.. apa orang kata still lagi merangkak belum lagi serius macam cik epal dan hanis zalikha tu.. Huhuhu..

3) satu blog fevret korang.

Ok, saya memang minat blog ini iaitu blog c aie yang empunya blog Darkbatman.. Hahaha.. nak tau apsal saya suka?? Coz dalam blog ni kebanyakkan menceritakan mengenai fitness dan senaman.. so, saya minat ke arah benda itu.. Hehehe.. lagi pun saya minat dalam dunia gym ni.. Hehehe..

4). Tag sorang (dan diorang mesti tau)

Saya nak tag junior saya la masa di UPSI iaitu Mia

5). Tinggalkan url di komen.. di sini

6). Keputusan akan diumumkan pada 1 januari 2011 nanti ek..

Plan di Malam Jumaat


Salam Semua rakan-rakan bloggers..

Malam ni malam jumaat kan?? So plan apa yang patut dibuat malam ni.. ??? Haaa.. Shopping? Apa p melancong???... Aisshhh… Spatutnya malam jumaat ni marilah kita membaca Yassin dan melakukan amalan2 sunat…

Jom membaca Yassin… Bagi mereka yang tiada ibu bapa tu, sedekahkan la bacaan Yassin dan Al-Fatihah buat mereka tu…. Jangan duk mengadap laptop 24 jam jak.. Huhuhu.. isikan masa lapang tu jugak dengan zikrullah..

Jangan kita lupa dunia ini sementara, hanya akhirat jua yang kekal abadi… Oleh itu, cukup dah ke amalan yang kita buat di muka bumi ni?? Kalau tak marilah kita menyucikan diri kita dengan zikrullah, baca yassin,solat hajat dan solat2 sunat di malam jumaat..

Ok la.. teruskan baca yassin ya.. saya nak doakan bacaan yassin buat arwah ibu saya, datuk nenek, semua keluarga terdekat, serta kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia.. Amin.. Insyaallahh..



BLOG 500 MENCARI HARTA KARUN : Soalan Penutup Harian


Bagi pandangan saya..

Bagi saya segmen yang abang Ben anjurkan sepanjang tahun semuanya best-best belaka.. Segmen-segmen yang dianjurkan adalah menjurus kepada keseronokan berblogging. Hehehe.. Hasil daripada segmen yang abng Ben anjurkan ini telah menyebabkan ramai di antara bloggers berkenalan antara satu sama lain di samping dapat meningkatkan traffic blog masing-masing. Semakin kerap saya mengikuti segmen yang abg Ben anjurkan ini semakin ramai kenalan Awang.. Begitu juga dengan traffic awang.. Biarpun tidak naik mendadak tapi itu sudah cukup memadai..bukan berdasarkan income semata-mata.. Oleh itu, diharapkan di tahun 2011 nanti blog abang Ben ni akan sentiasa menganjurkan pelbagai segmen tuk menjadi tatapan bloggers yang lain.. Hehehe.. Tahun depan wat lagi contest coz leh kita orang pening2 kpala cari jawapannya.. Hehehe

Cinta & Kasih Seorang Ayah



Ihsan dari Mr.Google



Beratnya untuk melepaskan dia pergi. Selama ini, tangan ini yang membelainya. Selama ini, hati ini yang selalu bimbangkannya. Sejak suara tangisnya yang pertama, sejak ku laungkan azan di telinganya, aku begitu mengasihinya. Ya, dia adalah permata hatiku. Namun, dia bukan selamanya milikku....


Rumah ini, cuma persinggahan dalam perjalanannya menuju kedewasaan. Dan kini sudah hampir masanya kau pergi. Walaupun di hatiku tercalar sedikit rasa pahit, tapi siapalah aku yg boleh menahan perjalanan waktu? Siapakah aku untuk menahan realiti kedewasaan? Maafkan aku wahai anak.... Bukan aku tidak tega, tetapi kerana terlalu cinta!


Hatiku tertanya-tanya, apakah ada insan lain yang boleh menjaganya sepenuh hati. Sejak bertatih, aku melihat jatuh bangunnya tanpa rasa letih. Siapakah yang membalut luka hatinya dalam kembara itu nanti? Aku jauh......bila segalanya bertukar tangan, amanah akan diserahkan. Aku tahu saat itu aku mesti mula melepaskan. Itu satu hakikat.


Cinta bukan bereti mengikat... tetapi melepaskan, membebaskan.


Kau umpama anak burung yang telah bersayap, telah mampu terbang membelah awan, meninggalkan sarang. Apakah aku terlalu dungu untuk terus membelenggu?

Puteriku... kau terpaksa ku lepaskan.... Apakah si dia mampu menyayanginya seperti aku? Ah, mengapa rasa curiga ini datang bertandang. Bukankah segalanya telah di putuskan sejak dia membisikkan bahawa hatinya telah diserahkan kepada 'si dia'- lelaki pilihannya? Bukankah segala perbincangan musim lalu telah terungkai dan keputusannya telah dimeterai?


Namun, hati ayah.. Hati abah.. pasti ada gundah. Sudah pasrah, tp diguris goyah. Bolak-balik hati ini wahai anak... terlalu laju untuk dipaku. Tepatkah plihanmu? Tepatkah keputusanku? Namun siapakah kita yang boleh membaca masa depan? Layakkah kita mengukur kesudahan di batas permulaan?


Sangka baik jadi penawar. Kau anak yang baik, insyaAllah pilihanmu juga baik. Tuhan tidak akan mengecewakanmu. Jodohmu telah ditentukan. Dan ketentuan Allah itu pasti ada kebaikan!

ihsan dari Mr.Google


Kekadang, aku diserbu seribu pertanyaan. Apakah aku masih di hatinya setelah dia bersuami nanti? Atau aku hanya akan menjadi tugu kenangan yang dijengah sekali-sekala?

Bukan, bukan aku membangkit, jauh sekali mengungkit...upayaku mendidikmu bukan suatu jasa. Itu hanya satu amanah.


Namun, ketika usia menjangkau senja, aku pasti semakin sepi......aku akan mengulang-ulang kisah lama yang penuh nostalgia. Diulit oleh kenangan indah musim lalu, ketika dia begitu manja di sisi. Aku ingin mendengar lagi suaranya yang dulu-dulu. Mengadu tentang ini dan itu. Bercerita dan berkisah, dengan lidahmu yang petah dan lagak yang penuh keletah.


Pergilah. Aku rela. Allah bersamamu.


Doaku mengiringi setiap langkah di alam rumah tanggamu nanti. Moga si dia akan menjaganya seperti aku menjaga ibunya, umminya.


Aku akan bersangka baik. Justeru Allah itu menurut sangkaan hamba-hamba-Nya. Aku bersangka baik, insyaAllah, dia dan aku akan mendapat yang terbaik.

Selamat Pagi - Khamis Menjelma Lagi



Inilah kampung saya



Assalamualaikum dan salam sejahtera semuaa..

Apa khabar semua rakan-rakan bloggers d pagi khamis ini.. Hurmm tadi Awang bangun awal bangat jam 5.20 pagi terus p solat subuh.. Selepas tu start jam 6 pagi p jogging dan workout laaa.. Hahaha…

Malam tadi tidur terlalu lena sangat-sangat, maybe disebabkan skuad pemain bola sepak kebangsaan menang kot.. sebab tu dpt tido lena.. hahaa. Eh tak laaa.. sebab semalam hari hujan so best la tido.. sebab tu lena.. hehehe… best woo sejuk…

Ok la, awang dah nak p mandi ni dan sarapan.. Huhuhu.. lama betul jogging dan workout.. hehehe.. minggu ni free la.. minggu depan dah buka skolah cnfirm banyak keje.. Huhu..

Ok semua majulah blog untuk negara.. mengarut tul aku ni hahaha…


PM Isytihar Jumaat Cuti Umum


PM DAH UMUM CUTI SEMPENA MALAYSIA JUARA PIALA AFF SUZUKI 2010 !!!.....Oleh itu, bergembiralah mereka yang bercuti hehehe..

Tapi, macam mana dengan negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah?? Kan hari Jumaat bagi 3 buah negeri itu cuti.. Hurrrmm.. tanya PM hehe

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan Jumaat ini (31 Disember) sebagai cuti umum sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010. - BERNAMA

-sumber : BHARIAN


Terima kasih, PM

Wednesday, December 29, 2010

Haaa.. BOMOH di Padang Bola!!!


Ada gaya jugak ya bomoh ni.. Meh masuk ujibakat Pilih Kasih.. Hahaha



Aduhhh lawaknya men guna bomoh-bomoh pulakkk…. Bajet nak cari populariti la ni bomoh ni.. Hahaha…

Tengok kuasa sapa yang hebat kuasa bomohhh??? Hurrmm.. bomoh pun manusia.. yang berkuasa tu Allah S.W.T… semangat berpasukan tu penting.. Kata Wonderpet.. Apa yang penting???? KERJASAMA…

Haaaa.. tu la yang penting kerjasama.. Ni men bomoh-bomoh ni tahyul dan khurafat dah ni.. dah menyekutukan Allah dah ni.. Huhuhu.. Taubat.. Taubat…

So, Malaysia menang bukan dengan laser….. Jugakk bukan dengan kuasa Bomoh… tapi menang dengan semangat pengorbanan, semangat perjuangan untuk negara tercinta serta sokongan daripada rakyat Malaysia.. Yeaaahhhh

Tahniah HARIMAU MALAYA




Pasukan Malaysia meraikan kejayaan gemilang merangkul Piala Suzuki AFF buat kali pertama selepas menewaskan Indonesia secara agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta di sini, Rabu. Foto AP.

Akhirnya MALAYSIA MENANG tuk julung-julung kalinyaaa.… Yeaahhhh.. Syabas buat pasukan Bola Sepak Malaysia menang dengan agregat 4-2 melawan Indonesia.. Biarpun tekanan menyelubungi pemain kebangsaan negara tetapi semangat yang kental telah menyebabkan mereka beroleh kejayaan…

Tahniah juga buat Safee Sali yang akan mendapat “Kasut Emas” kerana berjaya menjaringkan 5 sepakan gol sepanjang berlangsungnya perlawanan AFF Suzuki Cup 2010.. Kenduri sekampung la menyambut kedatangannya di kampung nnti.. hehehehe…

Tahniah juga buat Khairol Fahmi, penjaga gol kebangsaan kerana berusaha keras tuk menghalang kebocoran gol dari pihak lawan.. Biarpun perlawanan bersama Indonesia ini 2 kali bocor.. Apapun tahniah buat beliau…

Akhirnya, Indonesia akur dengan kekalahan mereka.. Tak pa, tahun depan cuba lagi.. hehehe.. Syabas buat kamu juga..

So, Apalagi yang boleh kita katakan bagi mereka semua, nampaknya permainan pemain kebangsaan negara kita semakin meningkat…

Apapun syabas dan tahniah

Penyokong memang kenduri tak sudah

Coach senyum sampai ke telinga

Menteri Sukan negara pun senyum bangga dengan kejayaan pemain kebangsaan negara kita

Moga kejayaan ini akan dikekalkan tuk tahun-tahun berikutnya…

Terhibur tak sudah....:)

Website RTM Digodam Indonesia, Salah Hack Rupanya! LOL!



UPDATE : Laman web rasmi RTM adalah RTM.Gov.my, bukan RTM.com.my. Biasa’lah, propaganda Indonesia.


Selepas website pelajar Malaysia, kali ini website yang kononnya milik RTM telah digodam oleh team hacker Indonesia yang dikenali sebagai ^s0n_g0ku^, beralamat email di mabuak[at]live.com.

Mesej mereka berbaur sentimen AFF Suzuki Cup berbunyi, “Loe Main Laser Gue Olang Main Server”. Nampaknya, penyokong Indonesia bersikap kebudak-budakan dengan melepaskan kemarahan secara hacking. Kemungkinan besar hacker ini berketurunan Minang apabila lagu latar yang dimainkan berjudul Ayam Den Lopeh.


Malangnya, niat hacker Indonesia ini tidak kesampaian apabila mereka salah hack website rasmi RTM, LOL!

Kredit tuk Ohbulan!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...