"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Tuesday, November 30, 2010

Blog ku Terabai di akhir November....

Hurmm.. dah seminggu saya tidak menulis..

Apa tidaknya saya busy dengan Taklimat penempatan mengajar…

Lepas tu busy dengan urusan borang-borang yang belum selesai… Kemudian urusan buat akaun bank, amik gambar..

fotostat itu fotostat ini..

Jumpa pesuruh jaya sumpah tuk tanda tangan surat akuan sumpah saya… kenduri-kendara kawin sanak-saudara…

aduh pelbagai lagi hal yang saya hadapi dalam masa seminggu ini…

Adakah ini cerita tuk hujung bulan November ni…..

Terlalu banyak en3 yang di tulis, di copy, dan macam-macam lagi pada bulan November ini..

Mulakan hasil nukilan pada bulan December pulak…

hahahhahaa..

tak tau apa isi kandungan entry pada bulan December..

Wait n see jak la…

Tuesday, November 23, 2010

Berkampung di Kota Kinabalu --> Program Orientasi GSST

Huhuhu… dah berapa hari saya tak update blog.. Maaf ya kalian.. Coz Awang sekarang ini berada di Kota Kinabalu menghadiri Program Orientasi Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) Bil.5/2010 bertempat di Promenade Hotel, Kota Kinabalu Sabah bermula 23 Nov hingga 25 Nov 2010


Hari ini saya melapor diri untuk mengikuti Program Orientasi GSST Bil.5/2010 pada jam 2.30 petang.. Rupa-rupanya rakan saya dah book rumah tuk saya.. So, saya dan empat rakan lain serumah.. Yeaahhh, semuanya adalah rakan-rakan UPSIAN.. Selepas mendaftar, saya dan rakan-rakan lain shopping di pusat membeli-belah di Centre Point Kota KInabalu, hehehee… kira-kira 5 minit jer, iyalah bersebelahan dengan hotel saya menginap.. Hehehe… best woooo…..


Hari ini kita orang bergila-gila hahaha.. apa tidaknya rakanku c Kaza membuat pelbagai lawak yang menyebabkan tak kering gusi… Mak aiiiii…. Klu gusi x kering mapuh ar… hahahahhaa….


Seramai 321 orang bakal GSST berkampung di Marina Court, Hotel Promenade di Kota Kinabalu. Antaranya, 293 orang berasal dari Sabah, 5 orang berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan dan 23 orang berasal dari Semenanjung…


Saya gembira sebab dapat berjumpa dengan rakan-rakan UPSIAN. Bakal GSST yang berkampung di Hotel Promenade ini ada yang dating dari UPSI, UMS, UKM, UM, UUM, dan IPTA serta IPTS lain.. Berasa gembira boleh berkenalan dengan bakal-bakal guru baru yang akan mendidik anak-anak bangsa. Insyaallah…


Malam ini ada majlis Perasmian dan Penyerahan GSST Bil.5/2010 oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian serta ucapan dan amanat dari Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah YB Datuk Dr. Hj. Muhiddin Bin Yusin.. Hurmm ini baru jak habis dari mendengar ucap tama dan amanat serta penyerahan GSST… Berasa penat ar.. habis pada jam 10.40.. Huhuuhuhu…..


Ok la rakan2 blogger.. Besok ada agenda yang padat.. dari pagi sehingga malam.. So, esok juga di nanti-nantikan Penyerahan Surat Penempatan. Berdebar-debar hehehehe.. padahal dah tau dah sekolah mana saya dapat heheheehe……



Di Hotel Promenade pada aras Tingkat 9


Pusat Beli-Belah Centre Point Kota KInabalu


Yeaaahhh saya dapat bilik di Master Room


Dua orang member saya yang sengal... Joe dan Kaza


Hahahaha... Mereka lagi.. bajet nk jadi model dlm pic ni haha...


Bandar Kota Kinabalu dari Hotel Promenade


Sesi Majlis Perasmian dan Penyerahan GSST Bil.5/2010


Monday, November 22, 2010

Nasihat Untuk Para Suami & Isteri


Khas buat orang bujang dan juga yang telah berkahwin.

Sebuah karya yang sesuai untuk semua.. bagi yang bujang,boleh mengambil I'tibar.. bagi yang belum dan bakal berkeluarga, boleh belajar, bagi yang berkeluarga, perlu mengajar..

Untuk suami.. renungkanlah

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia.Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah tidaklah setaqwa Aisyah pun tidak setabah Fatimah Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya Cita-cita menjadi solehah... Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama. Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya Isteri adalah murid kamu mursyidnya Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yg bengkok berhatilah meluruskannya..


Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana. Justeru kamu akan tersentak dari alpa Kamu bukanlah Rasulullah saw?...... Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin.

Untuk isteri renungkanlah...

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw?.. Tidaklah setaqwa Ibrahim Pun tidak setabah Ayyub atau pun Segagah Musa.. apalagi setampan Yusuf

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang Punya Cita cita membangun keturunan yang soleh...

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama Suami menjadi pelindung kamu penghuninya Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya. Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya..

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. Kerana memiliki suami yang tak segagah mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa. Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga, Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara.

Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah.. amin... Justeru itu wahai para suami dan isteri. Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya.

Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah.

Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha.

Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman.

DAN

Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar.

Cerita Pengantin Malam Pertama Yang Syahdu --> Lawak


Cerita Pengantin Malam Pertama untuk pengantin baru yang bernama Ramli. Dalam keheningam malam penuh syahdu, Ramli masuk kekamar kerana mengantuk.(kemungkinan ada juga rasa yang lain - paham-paham je lah..pengantin baru!)

Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki.

"Malu agaknya. Maklumlah malam pertama..." bisik hati ramli.

Dimatikanya lampu dan ia pun berbaring di katil. Dicelah-celah suara kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis, "Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?"

"Dah, apa cerita ni ?" tanya Ramli dlm hati. Separuh malam dia terbaring berfikir. "Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. Sian.. sampai mengigau ? Takpelah, biarlah dia tidur" bisik hatinya penuh understanding.

Malam kedua adegan yang sama cuma dialognya agak berbeza. bisik isteri "Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?" "kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !" Ramli bertekad. Esok harinya, ramli bercerita pada ayah yang kebetulan datang untuk bertanya khabar 'pengantin baru'. "Lah.." keluh ayah Ramli, "aku hantar belajar sampai Universiti, benda cam ni pun kau tak paham?"

Ayahnya pun mula bercerita perihal Adam & Hawa, Laila & Majnun, Romeo & Juliet...(yang relevan untuk pegantin baru je!) Sepatah cakap orang putih "About The Birds & The Bees".

"oh. cam tu." sengih ramli, "baru saya paham. Taulah apa nak buat malam ni!"

Malam yang sangat ditunggu-tunggu Ramli pun tiba...adegan sama dikamar tidur. cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa. "lah.. nape pulak senyap. takkan dia give up" tertanya-tanya si Ramli. Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, Ramli pun berkata, "Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?"

Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun... "Kain pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?" pun..masih takde jawapan... Ramli mencuba lagi. "Juruterbang dah siap sedia...boleh pesawat turun mendarat ?"

Sayu sekali jawaban si isteri dari bawah selimut, "Maaf tuan... Landasannya baru saje banjir...!"


nota : mcm2 hal.. hahaha…..

Sunday, November 21, 2010

Santapku d waktu Malam.. Hehe



Ohhh… sedapnya.. malam ni ibu saya masak Sup Daging.. So, malam ini saya tidak jamah nasi just makan sup daging + timun dengan sambal belacan…


Hahahahaha… Fevret saya adalah suka hirup sup dan makan sambal belacan.. Dari kecik lagi saya suka makan sambal belacan.. orang kata ‘hantu sambal belacan’ hahaha… Semasa study di Semenanjung, sangat jarang makan belacan.. Hurm, lain sikit belacan sana dan di Sabah.. Tapi, kalau kat semenanjung saya suka makan Budu campur dengan air limau kasturi… Fuhhh,, marvelous gtu…


Tapi bila dah makan sambal belacan ini, effect selepas itu adalah.. gatal idung.. huhuhu, makanan kegemaran saya tu.. last-last bila dah makan kena lah garu idung.. huhuhuhu.. Sian kan.. huhu.. Apapun makan jugak la.. Hehehe.. disebabkan on diet, just makan nasi + timun dengan sambal belacan jerr.. nasi x jamah pun… Jam 10 malam pulak makan buah apple ijau + merah, campur dengan Nestle yogurt rendah lemak… Yeaahh usaha…


Fevret ku SUp Daging.. Segala bentuk sup la fevret ku.. hehe

Timun dan sambal belacan buah atiku... Hahaha

"SMS SERAM NI DARI 'AGEN SYAITAN...'


Satu lagi pembacaan saya yang membuatkan saya tersentak. SMS ini memang sengaja ditulis dengan penulisan seorang lelaki. Ceritanya memperlihatkan bagaimana seorang muslimat di'rosak' dengan mudah hanya dengan kata-kata manis! Wahai sahabat-sahabatku... Moga Allah peliharamu daripada semua ini....


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


1. salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy hrp kite blh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…


2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…


3. Ingat tau, jga aurat leklok..jgn bg org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..


4. awk,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy x hak pun..sy tau sy pcaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dr jauh je ek.Tp sy rsa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..


5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape sy dlm hati awk?


6. Wak wak..dr kwn kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rsa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..


7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..


8. Yang bi nak syg tau, syg lah segalanya utk bi, syg la pmberi smangat utk bi... yang.. bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan mbuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!


9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u..


10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..


11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..


12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..


13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..


14. Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..


15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…


16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special utk abg yg pkai tudung td 2.. Cntk nye syg..gmbr ni nk wat wallpaper hp ngan kompter abg la..


17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...


18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .


19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?


SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check blk dgn doktor... xkan skali buat dh mgandung, check blk k..


21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kbaikan kita berdua, lbh baik syg gugurkn kandungan tu.. gugurkn k..


22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yg masih xbernyawa.....gugurka\n jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!


23. xsakitlah!!! nape manje sgt ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..


24. sori syg, abg xbleh temankn syg ke klinik tu, abg malu klu tserempak dgn family or mmber, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg bsr tu..


25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cri sendiri la duit nak gugurkn anak tu.. bukan mslh aku.. lantak kau la... bukan mslh aku jgak kuarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cntik sgt?? aku dh xingin kat kau!! p.. mmpos!


26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...


27.(terputus hubungan)

- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..

- si lelaki mencari mangsa baru..

- dan kejadian terus berulang..


ITULAH KEBANYAKAN YANG TERJADI DI DUNIA KITA INI...

masyaallah~

harap kita x tergolong dalam golongan ni...

#adakah kita pernah menggunakan ayat-ayat diatas mahupun terjerumus dengan ayat2 manis diatas....

urmmm,renung-renungkan dan ambil iktibar....



Kredit dr @@@



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...