"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Sunday, October 31, 2010

Dosa Yang Lebih Besar Dari Berzina


Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencekam.


Tudung kepalanya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.


Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" Tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya." Jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" Desak Nabi Musa.


Maka perempuan itupun secara ketakutan bercerita, "Saya... telah berzina". Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Mata Nabi Musa pun berapi-api. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.


Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia menangis terangguk-angguk dan keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tak tahu ke manakah kakinya untuk melangkah. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.


Sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang hina itu?" "Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa yang kian keliru. "Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina".


Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan keampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.


Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibandingkan dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kaabah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.


Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pengajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah (berterusan).


1-bilangan perkataan solat dlm quran....byk skali perkataan solat dlm quran ..ni brmakna ia adalah perkara penting..

2- islam terbina ats 5 dsr..semua tahu kan...

3-allah bg sdiri kewajipan solat pd nabi...tidak melalui jibril....semua amala...n lain dwahyukan melalui jibril..namun knp tdk solat?,..

4-tujuan utama israk mikraj nabi adalah untuk terima watikah kefardhuan solat..


kredit to empunya link ni 0000

Kacceewaaa


Huhuhu.. Malam ni rasa kecewa berlebih-lebih pulak n rasa rugi yang amat sangat.. Iyo la, manakan tidaknya.. Tadi member ajak pegi main Futsal. Last-last dengan spontan kata malas nak pegi..

Tatkala member beramai-ramai pegi menaiki kereta nak p main Futsal baru rasa menyesal.. Huhuhu.. Sebenarnya memang nak join main. Tapi apa boleh buat, saya keletihan sangat kot.

Letih...... Sebab petang tadi stay dalam gym dekat 1 jam lebih.. Fuhhh angkat macam-macam besi tadi... So sebab tu la saya keletihan.. Alaa... esok kan masih ada.. Esok jak la main futsal.. huahuahuahua...

So, malam ni teruskan la dengan berblog dan berFB.. hehehe.. Lagi pun keje-keje Research Assistant tuk kajian Ph.D lecture dah habis.. Coz lecture x antaq pun bahan-bahan kat saya.. So maybe x lama g tolong dia edarkan soal selidik.. oooohhhh...

Ok, teruskan berblog.. jom........... hehehe

1 Minit Jerrr


Betapa
besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid untuk disedekahkan; tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan!


Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas minit namun betapa singkatnya kalau kita melihat filem.


Betapa
sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat tanpa harus berfikir panjang-panjang.

Betapa
asyiknya apabila pertandingan bola dipanjangkan waktunya namun kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.

Betapa
sulitnya untuk membaca satu helai Al-qur'an tapi betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris.

Betapa
beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun lebih senang berada di saf paling belakang ketika berada di Masjid

Betapa
Mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata, namunalangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa.

Betapa
sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu; namun betapa mudahnyamenyesuaikan waktu dalam sekejap pada saat terakhir untuk event yang menyenangkan.

Betapa
sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam al qur'an; namun betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain.

Betapa
mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar namun betapa kita meragui apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al-Quran.


Betapa
Takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya namun betapa kita berani dan lamanya untuk menghadapNya saat kumandang azan bergema.

Betapa setiap orang ingin masuk syurga seandainya tidak perlu untuk percaya atau berfikir,atau mengatakan apa-apa,atau berbuat apa-apa. Betapa kita dapat menyebarkan seribu kelucuan melalui e-mail, dan menyebarluaskannya dengan FORWARD seperti api; namun kalau ada e-mail yang isinya tentang
Allah betapa seringnya kita ragu-ragu, enggan membukanya dan menyebarkannya, serta terus klik pada icon DELETE .




sama-sama kita renungkan semula...ambil masa seminit dua untuk muhasabah kembali diri kita....adakah kita di jalan yang Allah cintai atau Allah murkai..... ama-sama perbaiki diri..

Cara Menguruskan Badan -- Lawak


Ada seorang mamat yang gemuk , namanye Zali... Zali masuk ke fitness center untuk menguruskan badan.. seorang lelaki di kaunter bertanya kepada Zali"kami menawarkan 2 program disini... RM50 untuk versi 'biasa' dan RM100untuk versi 'cepat'."

Zali pon berkata, "saya ingat yang biasa lah sebab saya ni baru nak try kuruskan badan."

" ok, encik sila masuk ke bilik no.5 di penjuru bilik sana," jawab penjaga kaunter.

Zali pon masuk la ke bilik itu dan menutupnya. Selang 2 minit kemudian, seorang wanita cantik, lawa, body best, mantap masuk ke dalam bilik itu. dia kemudian menanggalkan pakaiannya sehingga menyebabkan Zali tak senang duduk,berpeluh.

perempuan tadi berkata, "kalu tuan dapat tangkap saya, tuan boleh buat apa saja dgn saya... hikhikhikk" dan dia terus berlari dalam bilik itu. Zali pun kejar la.. kejar punya kejar sampai 10 minit pon tak dapat lagi. tapi Zali kejar lagi sampai terjatuh terjelepok lalu pengsan.

Apabila dia sedar, dia bangun dan terus ke penimbang dan mendapati beratnya dah turun 3 kg. " wow.. mmg senang nk turun berat bdn,.. memang berbaloi aku bayar RM50 td" katanya seorang diri.

keesokkan harinya dia datang semula ke tempat tersebut. dia ditegur oleh pemuda di kaunter. setelah diberi penerangan seperti semalam.. Zali memilih untuk mencuba versi 'cepat' pula.

"baiklah, encik masuk bilik no. 6 di situ ya.."kata penjaga kaunter.

setelah beberapa minit didalam bilik itu, datanglah seorang body builder yang badannya tough dan terus melondehkan pakainnya. body builder itu berkata"saya akan kejar kamu dalam bilik ini, dan kalu saya dapat ... ... hehhehheee"


P/s : berminat nak kuruskan badan ,pilihan korang yang versi mane???

kredit kpd tuan tanah allyazalia

Betulkah Berita Posting Ini --> Harap2 bukannya Propaganda lagi huhu


Hurm tadi saya ada buka YM, last2 dapat mesej dari member mengatakan berita mengenai posting... Harap-harap berita tu betul dan jangan jadi macam sebelum ini... Huhuhuhu

Antara mesej yang disampaikan dalam YM tersebut berbunyi seperti di bawah ini:-

"latest news from KPM customer services, Eila Rosazul ) Surat baru sampai ke pihaknya pagi ni, InsyaAllah kita akn diposting pada 22 hb Nov 2010 dan menjalankan kursus induksi (adekah kerja2 kerani?) di sekolah ketika cuti sekolah. JPN akan menghantar surat secepat mungkin dan semakan penempatan dianggarkan bo...leh disemak melalui talian aplikasi pada 1 Nov atau 15 Nov"

So, kepada member-member dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Fakulti-fakulti Pendidikan di setiap IPTA & IPTS sabar menanti berita-berita mengenai posting...

Renung-Renungkanlah yerrr.....


Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yangmempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yang tidak berkongsi ilmu dengan orang lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Malam Pertama Kita


jom kita baca apa yang akan berlaku pada malam pertama kita... (jeng jeng jeng)...buka mata tu besar2..

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mem pelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Kerana sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tiba dahulu
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....

Astaghfirullah. ..
Marilah membuat keseimbangan dalam kehidupan kita, sebelum kita menuju
ke

''Malam Pertama Kita''
M.K.H= SEBARKAN KEPADA RAKAN ANDA YANG BERAGAMA ISLAM

Saturday, October 30, 2010

Hujan Di Tengahari Hingga Ke Petang


Hari ni Bumi Tanjong Malim disirami oleh dek hujan yang terlalu lebat.. Hujan yang tak nak berhenti.. dari tadi pagi smpai petang ni asyik hujan jer.. Hujan rahmat katakan..

Makanya, apa patut dibuat? Sama ada men game, tido, baca novel or surf blog n fb?

So jawapannya macam dah diketahui.. iaitu Tido.. hahaha...

Kalau hujan ni berterusan maknanya tak dapat la saya nak p shopping-shopping kat pasar malam d tanjong malim.. dah la sebulan lebih saya tak pegi pasar malam.. huhuhu,...

Kalau x nak berhenti juga shingga malam.. maknanya tak dapat la nak bermain futsal kat dataran kolej kediaman ni.. hurmm.... alamatnya berkampung d gym.. yeaahhh.. haha


Petua Imam Syafie


Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam


Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih


Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat


Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama


4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABITidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAHMiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.

4. TIDUR SYAITANMenelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


* Kalau ada kesudian .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati.

Boringku Menjenguk Diriku Kembali..


Hurmm malam ni diriku terasa bosan dan kosong.. Huhu tatkala junior-junior upsi berduyun-duyun pulang ke kampung, aku pulak mengalami kebosanan..

Nak tengok muvie.... Tapi, external Hard disk saya pulak dipinjam oleh member.. Fuhhh~~ apa yang patut di buat ya malam ni.. Layan FB pulak terasa macam bosan.. huhu.. So, berborak-borak la dengan member-member yang amik Master.. hehe..

Hahaha.. macam-macam la kami imbau kenangan lama sewaktu kami menjadi Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK). Saya dan mereka memang rapat semenjak mereka undergraduat lagi.. So, maybe pasni saya pulak ikut jejak mereka amik Postgraduat.. AMIN...

So, malam ini just layan-layan muvie dr laptop member + borak-borak kosong.. Nanti sebelum nak masuk tido baca Novel la... hahaha..

Friday, October 29, 2010

Kenangan Yang Pahit Lebih Bermakna Dari Mimpi Yang Indah

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya... Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...


Never love a love that hurts...
never hurt a love that loves !!!

Petua Tahan Lama


KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama... selama 2 tahun. Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja. Gunakan pada 31 December 2010. Dan sebelah lagi pada 1 Januari 2011. Wah?... tahan sampai 2 tahun kan ?... Amazing GresteQuer! Jangan lupa hujung tahun nie cuba tau...


NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama... jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Barangan emas bila dah terlalu banyak dikenakan zakat. Tapi kalau untuk lebih 'tahan lama'... bayar la zakat untuk barang kemas tu. Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi... padan muka korang... hahaha!


PAKAIAN TAHAN LAMA
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach... Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach... Jangan bawa mandi kat beach. Gantung bila disimpan. Cuc i guna air jeram/hujan. Jangan bagi pinjam kat kawan! Kalau boleh pakai baju member, baju sendiri simpan elok-elok.


KERETA
Lepas beli, simpan kat garaj... bungkus elok-elok... jangan bagi angin masuk... jangan bagi abuk masuk... jangan bagi wap air masuk. Pagi-pagi panaskan enjin dan hari-hari lap kereta. Bayar loan bulan-bulan sampai abis loan... gerenti kereta tahan lama...


KENYANG
Kalau nak tahan lama... sebelum makan baca bismillah dan doa... Akhir makan... doa dan ucap alhamdullillah. . Jangan jadi macam setan...


UMUR
Umur nak tahan lama?... Jangan Merokok!... Rokok nak tahan lama?... Jangan Hisap!...

P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang... sendiri mau ingat aaaa...


TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam - senang aje jangan tidur.


HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/ hubungan. .. Jujur dan ikhlas.


KUEH RAYA
Kueh raya kalau nak tahan lama, melantak bebanyak sikit, kalau orang datang rumah beraya kasi tapaukan dia sekali kueh-kueh raya tu... ini bermakna tak la membazir... kalau simpan lama sangat nanti kueh jadi tengik... lepas tu nak kena buang, so... jangan jadi setan... membazir amalan setan.


KERJA
Kerja kalau nak "tahan lama " jangan asyik nak baca blog je macam korang... dah tak ada kerja lain ke... kalau BOSS nampak tak pasal-pasal kena tendang. Hehehee.

UPSI Cuti Study Week


Hari ni last pljr UPSI berkuliah.. Esok dah start cuti study Week selama 1 minggu.. Lepas tu sambung pulak cuti Cuti Deepavali n Raya Haji (8 - 21 Nov).. Hari ni dah ramai budak2 upsi balik Kampung..

Rasionalnya d sini, kenapa cuti study week mereka ni balik?? hehe.. biasalah rindu dgn kuargra tersayang kot.. Semasa saya berkuliah dlu lgsung x pernah balik kampung time2 cuti study week.. Iyolah jauhnya tu Sabah nun seberang laut China Selatan tu.. hehe..

Walaupun aku dah habis pgajian d UPSI tapi masih merasainya.. hehe iyalah keje d pejabat pgurusan Kolej2 Kediaman UPSI kan.. SO nmpaklah karenah junior2 ni.. Macam2 ragam.. Tiba jak cuti study week.. cnfirm berduyun2 yg balik kampung.. Yg bestnya kalau budak2 UPSI ni blk kampung so lajunya surfing tenet upsijaring.. hehe.. tu yg best.. \

Cuti study week ni, best lah takda penghuni.. so boleh lah main futsal kat gelanggang bawah tu dgn aman x yah rebut2, blh masuk Gym dgn aman x yah rebut, leh tgok astro kat blk tv tnpa rebut2, naik bas p pekan tnpa rebut dll g ar.. ehehehe... Start esok leh ar guna facility kolej kediaman dgn aman... hehe

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN - semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah.


Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.


Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..


Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)


Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita


betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.



Thursday, October 28, 2010

15 Ciri Wanita Syurga


Beberapa detik yang lalu, saya ada membaca artikel dalam majalah iluvislam.. So, saya tertarik dengan satu artikel ini iaitu mengenai Ciri-Ciri Wanita Syurga. Tatkala ketika kita berada di generasi Y (generasi moden) ini terlalu banyak kita lihat ciri-ciri wanita yang sebalik dengannya. Apa-apa pun diharapkan ciri-ciri di bawah ini dapat memberi pengajaran n petunjuk kepada wanita-wanita d luar sana tuk mengubah peribadi mereka kepada lebih yang di tuntut dalam agama Islam.. Insyaallah..

1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.

7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.

15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...