"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Thursday, September 30, 2010

Semakan Keputusan Temu Duga Pengambilan Guru Sandaran Terlatih (GST)





Huuurrmmm tepat jam 6.33 petang tadi, datanglah SMS yg mengejutkan aku.. huhu.. Member aku htr msj tersebut dgn berbunyi "Woi Result Interview dah kluaq"... tatkala aku terbaca... sshshhhhh suasana diam, aku terus jd ketaq.. huhu rasa takut dan pelbagai rasa lagi laa.. Akhirnya aku masuk la laman ni http://apps.emoe.gov.my/egst/keptdugaogos10/. dgn mgikut arahan, sila masukkan nombor kad pengenalan anda.. rasa takut dah smpai tahap 200%.. akhirnya aku masukkan ic dan klik semakan... Dengan rasa teruja, mata terbeliak, jerit habis.. aku baca kat font yg berwarna merah KEPUTUSAN : BERJAYA..... alhamdulillah aku berjaya.. Lepas ni tggu result Penempatan pulak.. tak tau bila pulak kuar result penempatan ni.. Aritu aku mohon penempatan mengajar dgn membuat pilihan 1 kat PERAK dan pilihan 2 kat LABUAN... hurmm redha jak.. yg penting kat mana2 kita kena boleh survive... fokus tuk didik anak bangsa.. Betulkan... So kena bersiap sedia dgn dunia perguruan coz skrg ni dah pelbagai Isu Pendidikan dgn karenah muridnya dan lain-lain lagi.. Aku pun nk ucapkan thniah wat member2 UPSI yang lain yang berjaya.. Kepada yang tak berjaya boleh try isi lagi n tarikh tutup tuk online e-gst telah d lanjutkan pada 6 Oct 2010.. so buka link ini tuk isi kembali http://apps.emoe.gov.my/egst/new3/index.cfm...

Syukur Alhamdulillah...


Jom Makan kat Secret Recipe



Pada hari ahad lepas (26/09/2010),

saya dan member (Khairul & Farid) plan nak p makan Secret Recipe..

Akhirnya tercapai la juga hajat kami bertiga nak p makan Secret Recipe d Tanjong Malim.

Ala…restoran Secret Recipe ini dekat jer dgn Kampus UPSI tu,..

dkt jg dgn Kuil Hindu tu..

So kami bertiga p ke sana menaiki kereta kancil Farid.

Lepas Isyak kita orang serbu p Secret Recipe tu..

Hahahahahahaha..

so tgok la pic kami kat bawah ni.

Hasil tangkapan yg x rasmi tuk santapan u all…

hehehe

Mula2 time nk minta order.. apa g snap la hehee


ni dgn krule


dgn farid


eh mcm sedih pulak yg kat tengah ni.. hehe


sedapkan Curry Seafood Laksa = Rm16.80


Grill Blackpepper Chicken = Rm14.00


Thai FriedRice = Rm15.00


Fullamak, skali tgok BILL.. hahhaaha Rm114.97

tak pa dah janji nk spent member, so tercapai dah.. hehe

Tuesday, September 28, 2010

Bahaya Jika Terlalu Aktif Bermain Komputer


Hati-hati jika anda seorang yang gemar menggunakan komputer sepanjang hari! Anda boleh terdedah kepada bahaya Carpal Tunnel Syndrome.


Carpal Tunnel Syndrome ialah penyakit yang menyerang bahagian pergelangan tangan. Penyakit ini mampu menyebabkan tangan menjadi lumpuh. Risiko penyakit ini ialah sebanyak 10% untuk orang dewasa.





Gejala :

· Rasa kebas, dan parasthesia (seakan-akan terbakar dan bergetar) di ibu jari telunjuk, dan jari tengah, atau pada beberapa pasien terjadi di telapak tangan.

· Susah menggenggam dan mengepalkan tangan.

· Sering menjatuhkan barang


Anda perlulah mula mengambil langkah berjaga-jaga mulai sekarang. Dibawah telah dipaparkan teknik-tekniknya.

· Berehat secara teratur setiap 15-20 minit dengan menggerakkan pergelangan tangan.

· Jangan menempatkan keyboard pada posisi lebih tinggi atau lebih rendah daripada siku tangan.

· Duduklah dengan tegak.







Kredit dr Blog Stanley

Sunday, September 26, 2010

Pengalaman Lailatul Qadar



Ramadan dah pun meninggalkan kita. Mungkin pengalaman Lalilatul Qadar ini mampu membuatkan kita rindu kepada Ramadan.

“Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid,” kata Abah separuh memerintah. Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur. Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib. Aku menggosok gosok mata ku utk mendapatkan kepastian. Ya, aku tidak bermimpi..

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

“Kenapa?” tanya Abah..

“Lailatuqadar, ” kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

“Kepala otak engkau Lailatulqadar . Berapa lama engkau tak ke masjid?”

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

“Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh, “
sambung Abah memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan.

Selamat menunggu Ramadhan tahun hadapan.


kredit from amazingnara

Wednesday, September 22, 2010

Pentingnya Mengetahui Salasilah Keluarga



Sebelum mengulas tajuk ini, pernahkah anda terjumpa rakan atau saudara yang anda ketahui asal usul mereka suatu masa dulu tetapi terpisah beberapa tahun kemudian sebelum kembali terjumpa semula tetapi dengan nama lain? Selepas bertemu-balas, akhirnya anda pasti dia adalah orang yang sama.


Atau mungkinkah anda pernah diberitahu oleh mereka yang telah berumur menceritakan asal usul keturunan seseorang tapi enggan mengheboh-hoebohkan kerana bukan urusan peribadi mereka. “Buat apa mahu tahu hal orang?” adalah cakapan yang biasa kita dengar. Dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia dengan berlakunya perkahwinan campur, tentunya ada keluarga yang tidak kisah dan tidak mahu tahu keturunan masing-masing. Ada juga segelintir yang ingin tahu.


Pada zaman dahulu dan ada sehingga sekarang, dikekalkan keturunan seperti Megat, Puteri, Syed, Syarifah, Wan, Pangeran, Awang, Awangku, Dayang, Dayangku, Raden, dsbnya dikekalkan hingga keturununnya. Dalam masyarakat Cina juga ada yang masih mengekalkannya. Ada juga yang tidak ambil kisah atau ada sebab yang lain, tidak meletakkan gelaran keturunan keluarga di depan nama mereka seperti yang disebutkan. Bila “tidak kisah” berlaku, maka ada juga segelintir orang yang suka menggunakan gelaran berkenaan sebagai satu kemegahan atau “saja-saja” sebab mahu “glamour” atau hendak mendapat keistimewaan tertentu.


Mungkin ada sedikit kekeliruan pada gelaran nama Awang, Dayang, Awangku dan Dayangku. Pada asalnya Awang dan Dayang digunakan pada keturunan Kesultanan Brunei tetapi (kurang pasti bila mula) kemudiannya diperkenalkan Awangku dan Dayangku menggantikan Awang dan Dayang, yang mana Awang dan Dayang kemudiannya menjadi panggilan biasa seperti Encik dan Cik bagi masyarakat Brunei. Kepada mereka yang asalnya bergelar Awang dan Dayang daripada keturunan Kesultanan Brunei, hanya mereka yang mengekalkan atau mengetahui salasilah keluarga sahaja yang tahu bahawa mereka sebenarnya berdarah diraja. Bagaimana perkara ini boleh terjadi? Kita kena rujuk sejarah Kesultanan Brunei dan Pusat Sejarah Brunei adalah tempat yang pertama anda perlu buat rujukan.


Pernahkah anda terjumpa seseorang seperti berikut, contoh:

1) Seorang lelaki Cina berkahwin dengan seorang perempuan Kadazan. Kebiasaannya, anak mereka akan menggunakan nama Cina tetapi boleh bertukar menjadi nama Kadazan. Apakah motif disebaliknya?

2) Seorang lelaki Cina memeluk Islam dan menggunakan nama Melayu dengan “bin Abdullah” berkahwin dengan seorang perempuan Melayu. Anak mereka menggunakan nama Melayu tetapi cucu mereka menggunakan gelaran “Wan” di hadapan nama mereka. Adakah ini dibolehkan?

3) Seorang anak lelaki biasa diambil sebagai anak angkat oleh seorang Pangeran. Adakah anak lelaki tersebut layak menggunakan nama Pangeran di depan namanya dan seterusnya menamakan anak-anaknya berketurunan Pangeran?

4) Seorang keturunan yang diketahui berbangsa Dusun, setelah memeluk Islam menggunakan nama Melayu Islam tetapi cucu mereka dikatakan berketurunan bangsa Brunei.


Sekarang ini pun ada juga diberitakan individu yang menggunakan gelaran Datuk atau Dato’ yang bukan dilantik oleh DYMM SPB YDP Agong, Sultan atau TYT demi untuk kepentingan sendiri. Kalau ini pun orang mahu tipu, gelaran keturunan pun orang lebih mahu.


Jika ada jabatan kerajaan seperti unit salasilah di jabatan sejarah, dan juga mungkin jabatan kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara atau Pesuruhjaya Sumpah, harus peka kepada penggunaan gelaran keturunan bangsa yang ingin diubah dalam Surat Lahir atau Surat Beranak.


Di negara barat, kelahiran individu direkodkan dan boleh diperolehi melalui internet. Maka terpulanglah kepada individu berkenaan untuk menjejak asal usul keturunan bangsa mereka. Di negara Cina juga terdapat ramai keluarga yang menggunakan gelaran keluarga untuk menggenali keturunan masing-masing.


Bagi yang berugama Islam, mengenali susur galur keluarga atau salasilah keluarga merupakan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.


Sehubungan dengan ini, pelajaran anak-anak di sekolah telah pun diperkenalkan subjek seperti Kajian Tempatan agar pelajar diajar mencari untuk mengenali salasilah keluarga. Biasanya pada umur muda ini ketika datuk dan/atau nenek masing-masing masih ada (hidup), eloklah bertanya siapakah nama penuh ayah mereka, nama penuh ibu mereka dan seterusnya bertanya nama penuh moyang mereka jika masih ingat untuk kedua-dua pihak sebelah ayah dan sebelah ibu masing-masing.


Umumnya, seseorang akan mengingati nama sehingga datuk dan nenek mereka. Jika maklumat keluarga ini diperturunkan, bayangkan bahawa anda akan mengetahui keturunan anda sekurang-kurangnya sehingga empat (4) generasi sebelumnya iaitu ANDA bin/binti AYAH bin DATUK bin MOYANG bin ???. Jika setiap seorang mengetahui empat (4) generasi kebelakang, maka seorang anak akan mengetahui sekurang-kurangnya tujuh (7) generasi ke belakang.


Bayangkan jika keturunan anda direkodkan sebagai salasilah. Bagi yang beragama Islam, anda telah pun mengikuti sebahagian daripada sunnah Nabi Muhammad S.A.W.


Setiap seorang ada amanah tidak kira di mana peringkatnya. Jika wujud unit salasilah, harap dipastikan kesahihan keturunan bangsa individu berkenaan sebelum direkodkan. Anda akan dihisab dihari kemudian jika maklumat tersebut salah.


Bagi mereka yang sengaja meletakkan gelaran atau menukar nama untuk mencapai sesuatu kepentingan, sudahkah anda bersedia dihisab di hari kemudian?


Sampai sekarang saya berusaha untuk mencari Nasabku.. Saya ingin mengetahui saya ini dari keturunan Brunei yang ke berapa. Yang saya tahu dari pakcik saya yang kuarga saya keturunan dari Pengiran Muda Hashim. Arwah ibu saya berasal dr keturunan PMH tp sebelah bapa saya pulak dari keturunan Pengiran Pemanca.. Saya pun x tau sangat sapa itu Pengiran Pemanca. Sehingga sekarang saya masih lagi mencari kebenaran NASAB kuarga saya ini. Nak tahu kebenaran kena la berusaha tuk mencari salasilah daripada orang2 TUA yang masih ada... setakat ini dah ada tapi saya belum ada masa tuk mencarinya. Hal ini kerana sibuk dengan diri yang pada waktu itu dalam pengajian..

Penerbanganku DELAY --> AIR ASIA




AKu benci dengan perkataan Delay,,, dah la bersemangat menunggu dan berbaris dipintu 4 tunggu nak terbang.. Last2 ting tong............. Penerbangan AK5113 dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur ditanggukan sementara, hal ini kerana pesawat AK5113 belum tiba dari Kuala Lumpur. Sekian Terima kasih, kesulitan amat dikesali... huhuhu... Penerbangan ini akan bergerak pada jam 10.00 malam.. Padahal kapal AK5113 sepatutnya bergerak pada jam 9.25 malam.. punyalah letih menunggu... Hampeh tul.. tu la sbb nya aku malas nak ikut Air Asia.. pa leh buat, klu MAS tak mahal cnfirm aku naik MAS... huhuhuhuhuhu...
redha jak la..

Akhirnya flight AK5113 berlepas pada jam 10.00 malam dan tiba di Kuala Lumpur pada jam 12.35 pagi... So stay d McDonald... hehehe.. esok pagi baru berangkat ke Tg.Malim

Packing2 Barang




Hari ini 21 Sept adalah tarikh saya tuk meninggalkan negeri Sabah.. Flight Air Asia saya adalah pada jam 9.25 malam. Hurmm rasa sedih juga nak tinggalkan Bumi Negeri bawah Bayu ini. Apa boleh buat saya pergi ini pun tuk menyambung kerja saya di Pejabat Pentadbiran Kolej Harun Aminurrashid UPSI. Lagi pun, saya pergi ini untuk menyelesaikan masalah mengenai hal-hal berkaitan Konvokesyen iaitu pembayaran jubah, pengambilan jubah, dll g ar..

So, saya dah mempacking barang-barang tuk dibawa ke negeri Seberang.. Barang yang dibawa nampak sedikit tapi nampak macam banyak.. hahahaa.. pakaian yang dibawa sikit tapi barang2 makanan banyak wooo seperti biskut2 raya, kuih cincin, kuih lidah, kuih sepit, sagu (Juppri yang suh bawa), Kek batik dan Cheese Kek 3 biji.. fuhhhhh~~~~ berat woo.. tp xpa semua ni untuk mereka.. kesian kan dah lama x makan so Ak bawakan tuk mereka ar.. hehehe.. Lagipun Ak dah tidak lama lagi berada di UPSI.. lepas ini nk tnggu panggilan posting pula..

Nasib baik barang2 yang ak bawa ini just 10kg time nk check in kat Terminal 2 Air Asia d KK..
tp kena juga bayar Rm30 coz kos tuk pyimpanan barang di Kargo.. huhuhu...


Buat Cheese Kek




Hurm esok dah nak balik Semenanjung, balik p UPSI Tg.Malim Perak.. Rasanya rindu sangat2 dgn Tg.Malim.. hahaha..

Sebelum balik Semenanjung tu kena ar buat cheese kek.. coz adik2 junior aku kat rmh tu minta tolong buatkan cheese kek.. so terpaksa la buatkan.. kesian dah lama kot mereka mengidam.. hahaha..

pada 20hb Sept bersamaan jam 9.00 malam saya pun membuat Cheese kek d rumah kakak saya.. kakak saya pun membantu memutar tepung Sponge Mix (Tepung Optima) tepung khas tuk buat Cheese Kek.. Tepung Sponge tu d putar bersama dengan Telur 18 biji dan minyak masak 6 sudu makan.. Kesemua bahan-bahan ini d putar sehingga sebati (kembang)... Setelah kembang baru la dimasukkan dalam loyang kemudian masuk dlam oven..

Sementara menunggu Kek masak, kemudian ak terus membuat bahan tuk krim kek tersebut iaitu Susu manis 1 tin d blender bersama dgn Philadelphia (Cheese) untuk di lapkan pada permukaan tengah cheese kek dan lapisan atas..

Cheese kek yang dihasilkan adalah 2 lapisan.. lapisan pertama kena lapkan dengan krim dia (campuran susu manis + Philadelphia).. lapisan kedua iaitu lapisan atas dilapkan lagi dgn krim kemudian parutkan dgn Cheddar... so siapla cheese kek,,... (Kalau nak tau lebih lanjut boleh AK ajar tp beli la bahan2 nya ek)...

Akhirnya pada jam 11.45 malam, AK telah siap menghasilkan 4 biji Cheese Kek. Kek2 tersebut ak simpan dalam Peti sejuk agar lebih enak d makan.. heehehe.. dan tahan lama.. Lagi pun esok malam AK akan bawa balik Cheese Kek tu ke Semenanjung tuk adik2 junior.. Oh ya, ada 3 biji kek lagi ak buat iaitu Kek batik.. tp hanya 1 biji jak ak bawa p Semenanjung...

Cheese Kek yang dah siap


Cheese kek yang diparutkan dengan kepingan halus Cheddar

Hurmm mcm nmpak sedap jak kan.. hehe

Cheese kek yang ditambah dengan Choco Cip

Yummmy menyelerakan...

Saturday, September 18, 2010

Kisah Orang Tak Baca Basmallah Time Masak atau Makan







Menurut apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia bersama isterinya berjalan hendak kenduri kahwin dihujung kampung.....


Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. maka terpaksalah mereka menunggu hujan berhenti. Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan pukul 1.00 tghhari. tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara tangisan kanak-kanak.


Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang. Kata Tok Dahaman, dia sungguh hairan, siapa pula yg meninggalkan anak dalam keadaan begitu?


Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak tiu bukanlah manusia biasa kerana didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan telinganya pula capang dan tajam. Sementara jari-jari tangannya amat panjang begitu juga jari kaki. Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa sebab mereka menangis di tepi jalan.


Menurut salah satu drpd budak2 itu, rumah mereka telah runtuh disebabkan oleh hujan yg amat lebat sebentar tadi.

Tok Dahaman bertanya dimana rumah...? Mereka pun menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang itu. Sudah sah lah yg budak-budak itu adalah anak jin atau syaitan, jelas Tok Dahaman.


Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri tentang perihal rumah mereka yg telah runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat mencari ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia dengan pandangan mata kasar.


Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening. Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan terhadap benda-benda hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti kerana dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai tulang ayam bersilang di rambutnya.


Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan segera kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan.


Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan isterinya pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya mencari...

syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan di tempat org lelaki.


Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu banyak syaitan bercampur gaul dgn org ramai.


Ada sebahagiannya sibuk ditempat memasak, mengganggu di kawah gulai dgn memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana org yg memasak tidak membaca Bismillah... ), syaitan-syaitan tersebut ada yg meludah, membuang air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk...Ada juga yg muntah ke dalam makanan,ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala dan riba manusia.


Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak tergamak untuk makan org ramai pada hari itu menjadi hairan melihat kelakuan Tok Dahaman pada hari itu.


Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa mengelak daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan manusia di rumah kenduri.


Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpa lah dia dgn bapa syaitan tersebut.


Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dgn gelojohnya. Tok Dahaman pun bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan tersebut bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan.


Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun berlari pulang sambil memijak kepala orang ramai. Bagi pihak perempuan pula, keadaan lebih kecoh. Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama makan kenduri dengan org perempuan bahkan di bahagian perempuan keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yg membawa anak mereka.


Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa mereka. mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai makanan dari pinggan atau tangan orang. Ada yg membuang air kecil sambil bergayut di jendela rumah


Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di bilik pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan Isteri Tok Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut yang kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt menggerunkan.

WANITA SOLEHAH ~ Bidadari Mencemburui Kesolehannya....







Tazkirah Perhiasan yang menjadi dambaan..


Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan. Tapi, Kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat? Malah, ada wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau. Garis pemisahnya ialah sekeping hati yang ia miliki.


"Seorang manusia bergelar nabi, manusia lelaki pertama dicipta Allah, pernah menghuninya. Dia dimuliakan oleh semua makhluk termasuk malaikat, atas perintah Allah. Dia bebas menelurusi setiap ceruk menikmati keindahan yang tidak terperi. Namun ditengah keindahan syurga, jauh di sudut hatinya masih ada suatu kekosongan. Mengapa? Kerana tiada wanita menemaninya dalam menikmati keindahan syurga! Maka diciptakannya wanita sebagai pelengkap kepada nikmat syurgawi.



Syurga masih terasa kurang lengkap tanpa wanita. Bidadari yang cantik jelita juga adalah wanita. Kalau begitu, boleh meriahkah dunia ini tanpa wanita? Setiap akal dan hati tahu jawapannya. Ya……tanpa wanita, sunyi sepilah dunia. Tidak banggakah kita menjadi wanita? Persoalannya, cukupkah sekadar dilahirkan sebagai wanita, kita boleh berbangga menyandang keistimewaan ini?


Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan. Tapi, Kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat? Malah, ada wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau. Garis pemisahnya ialah sekeping hati yang ia miliki.



Apabila hati diserahkan kepada Allah, kekallah wanita dengan asal penciptaannya iaitu penyejuk mata dan hati.Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada zat yang menjadikannya, kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi. Redup wajahnya mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Tuhan dan kerendahan hati yang tunduk kepada syariat meletakkan ia sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari Zat Yang Maha Agung. Inilah wanita sejati bergelar wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasullullah:

"Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah."


Di dunia lagi bidadari mencemburui kesolehannya dan di akhirat bidadari sudi menjadi khadamnya. Sebaliknya, jika hati dibawa jauh dari Allah, hilanglah kejernihan wajah dan jadilah dia duri yang menjadi punca kemelut serta kacau bilau. Apabila wanita lari dari ikatan Tuhan, maka terbukalah segala pintu yang akan menjerumuskannya ke lembah fitnah kehinaan. Hilanglah redup wajah yang menjadi dambaan dan yang terserlah ialah kecantikan palsu yang menanti untuk dieksploitasi oleh manusia buas yang menjadi hamba nafsu.



Ibarat bunga sejati dan bunga plastik. Jika bunga plastik disembur pewangi, harumnya lebih kuat daripada haruman bunga sejati…tapi haruman itu tidak kekal. Haruman bunga plastik bukan miliknya yang sebenar, ia haruman palsu yang bersifat luaran. Berbeza dengan keharuman bunga sejati yang bersifat dalaman dan kekal. Keharuman bunga sejati tetap kekal dimana saja ia diletakkan, di jambangan ataupun sekadar tumbuh di pingggir belantara. Sebaliknya bunga plastik tetap kaku, haruman palsunya akan semakin hilang walaupun tersusun indah di jambangan emas.



Wanita solehah yang hatinya terikat dengan Allah-si gadis dihiasi sifat sopan dan malu; si anak mentaati ibu bapa; srikandi dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap suasana masyarakat; si isteri penuh ketaatan, kesetiaan dan kasih terhadap suami. Semuanya berteraskan rasa cinta kepada Yang Maha Pencipta. Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki `perhiasan' sejati ini kerana pastinya hidup akan terarah ke syurga. Syurga dunia yang disegerakan dan syurga hakiki yang kekal abadi.



Seorang wanita yang hatinya jauh dari Tuhan masih mampu menjadi perhiasan dunia yang digilai oleh segenap lelaki. Kecantikan dan lentoknya menjadikan hati lelaki tunduk semahu-mahunya sehingga sangggup berkorban segala-galanya-suatu perhambaan yang tersirat. Terpenjaralah hati kaum Adam yang memilih perhiasan`palsu' ini. Hati menjadi sempit dan di akhirat terseksa tanpa batas!



Wanita boleh memilih untuk menjadi `bunga sejati'. Wanita solehah yang membawa tenang. Wanita juga boleh memilih untuk menjadi `bunga plastik'. Wanita yang mengundang kemelut, kacau bilau dan kehancuran. Kita sentiasa ada pilihan… maka pilihlah. Kita hanya akan layak menjadi `bunga sejati' jika hati tunduk kepada Tuhan. Bagaimanapun, Tuhan tidak pernah memaksa. Dia tetap agung walaupun kita sebagai hamba terus derhaka…Maha suci Allah yang telah memuliakan kita sebagai wanita. Daripadanya kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali.


Friday, September 17, 2010

Nukilan Buat Mak




Mak.....

Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari. Dah hampir sepuluh bulan mak pergi. Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan, sejuk syahdu masih terasa lagi nih....


Mak tau tak.....

Itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni. Sejak kiter dewasa dan itu juga terakhir kali nya. Emmmm... rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh. Nak tinggal kan anak-anak mak. Nak tinggal kan dunia fana ni. Mak macam dah sedia. Seminggu sebelum tu. Mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai. Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih. Kakak pun rasa hairan. Mak tak penah buat gitu, pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak. Tapi, mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran Siam. Kengkadang siaran Indonesia. Mak terus tekun menganyam. Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan. Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih-bersih, pastu mak jemur karpet-karpet, pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain mak biarkan ruang tu kosong. Rupanya kat situ jenazah mak diletakkan. Paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak ada kat dalam almari ada kat dalam dalam beg, ada dalam ASB, ada kat dalam Tabung Haji. Mak cakap tak berapa cukup lagi, ada kat dalam gulung tikar. Masa tu mak perasan takk..?? Kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar. Kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa.. Mak cuma gelak jer. Eeemmm.. bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....

Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba-tiba sakit perut. Bila malam tu kiter sampai dari KL, mak dah dalam kesakitan. Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk mak tetap takmau pi hospital dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk. Mak kata mak takmau duduk dalam hospital tapi kiter berkeras juga pujukk. Nanti di hospital ada doktor, ada ubat untuk mak. Kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut ajer. Mak tetap tak bersetuju, mak memang degil. Tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu. Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk. Mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit. Kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital...


Mak.....

Ampunkan kami semua. Kami nak mak sehat. Kami sayang mak. Kami tak mau mak sakit. Kami terpaksa juga hantar mak ke hospital. Ampunkan kami yer mak.


Mak.....

Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter. Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kiter kata nak beli kereta. Mak asyik tanya ajer, cukup ker duitt. Kiter jawab pula kalau tak cukup, mak kan banyak duit. Mak gelak ajerr. Lepas tu bila kereta kiter sampai. Mak buat kenduri kesyukuran. Dan kiter masih ingat lagi, bila kiter eksiden terlanggar kelinng naik motor. Punya la kiter takut. Kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak. Bila balik sahaja kampong, kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj. Tapi mak perasan juga bumper depan kemek. Mak tanya kenapa...? Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga. Mak... tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau. Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar. Mak, kiter menipu mak kan, ampon kan kiter....


Mak.....

Jam 4.30 pagi 19/08/1999. Bila tiba aja kat hospital nurse tengah balut mak dengan kain putih. Mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital. Mesti mak nampak abang cium dahi mak. Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak. Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu. Mesti mak nampak semua tu kan...kann..kannn. Mak tau tak.. Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter memandu dalam keadaan separuh sedar. Adik kat sebelah diam melayan perasann... Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini... jalan di depan terasa makin kelam... Airmata dah tak mampu di tahan. Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela. Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga disebabkan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..kosong...sekosong hati ini. Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya, terasa syahdu dan sayu gitu...dinginnnn....


Mak.....

Kiter masih ingat lagi. Kiter baca Al-Quran kat tepi mak temankan mak. Jam 11.00 pagi mak di mandi kan. Anak-anak mak yang pangku masa mak mandi. Mak mesti rasa betapa lembutnya kami mengosok seluruh tubuh mak. Kiter gosok kaki mak perlahan lahan. Mak perasan tak...? Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter. Dia kata... "dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu... jangan nangis ya.." Bila makcik tu kata gitu... lagi laaaa laju airmata ni..tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....


Mak.....

Sampai takat ini surat ni kiter tulis. Kiter nangis ni..... Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi.... Takder orang yang bangun lagi... Kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" Kiter sedih...kiter rindu kat mak..! Takpa la.....nanti bila kita selesai sembahyang subuh, kiter baca yassin untuk mak.. Mak tunggu ya...!


Mak..

Sebelum muka mak di tutup buat selamanya. Semua anak-anak mak mengelilingi mak...menatap wajah mak buat kali terakhir.. Semua orang kata mak seolah-olah senyum aja. Mak rasa tak, masa tu kiter sentuh dahi mak kiter rasa sejukkkk sangat dahi mak. Kiter tak mampu nak cium mak kiter tak daya. Kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar. Airmata kiter tak boleh tahan. Mak mesti ingatkan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak. Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah. Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik, badan akak terasa panas.. Makk...anak mak yang seorang tu demam.. Mak tauu cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan...

Mak.....

Hari-hari ku lalui tanpa kewujudan mak lagi. Begitu terasa kehilangan mak boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata. Dan sampai satu tahap masa tu malam jumaat selepas maghrib. Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. Entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar-gambar mak pastu apa lagi semakin kiter tenung terasa semakin sayu tangisan tak dapat dibendung. Mak tauu kiter cubabertahan memujuk diri sendiri tapi tak juga reda. Kiter rasa nak telefon mak nak cakap dengan mak anak mak yang ni dah tak betul kan..???? Dan akhirnya dalam sedu-sedan itu kiter telefon kampong. Kiter cakap dengan kakak kiter nangis lagi. Puas la kakak memujuk kiter, Akak kata..." tak baik laa nangis aje doa lah untuk mak nanti kalau gini ajer mak yang susah katsana.." Dan akhirnya akak juga nangis. Agaknya mak nampak adegan tu sebab malam jumaat kata orang roh balik rumah mengharap sedekah dari anak-anaknya. Mak tau tak di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati rasa nyilu sangat menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni. Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma hanya sedekah Al-Fatihah kiter berikan.....


Mak....

Cukup la sampai sini dulu kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu, kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid. Selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak. Esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula. Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih. Pastu kawan kiter bgtau simpan je buat kenangan. Kiter cuma tau alamat ni aje. Takper yer mak kiter kasi orang lain baca. Kiter stop dulu sebab kawan kiter dah lama tunggu tu. Akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter, memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah, sampai masuk universiti, sampai kiter boleh rase naik kapal terbang, boleh rasa duduk kat negara orang. Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..


Sekian terimakasih.

Yang Benar

~~Anak mak yang dah tak degil~~


Thursday, September 9, 2010

Malam Raya yang Suram....

Setelah selesainya menyempurnakan solat Isyak sahutan Takbir bergema di setiap masjid dan surau-surau di kawasan kampungku. Sahutan Takbir ini diselangi dengan dentuman meriam, bedilan dan mercun seperti nak berperang.. Hurrmm budak-budak kampung ini kalau dah nak raya mesti dentuman mercun dan bedilan akan kedengaran.. kecewanya budak-budak kat kampung ini tak hormat langsung sahutan Takbir.. huhuhu..

Setelah habis bertakbir dalam masa setengah jam begitu hujan pun turun dengan lebatnya. Allah menurunkan hujan rahmat seperti menurunkan rahmat kepada hamba-hambanya yang menyempurnakan ibadah puasanya.. Tatkala hujan lebat, seluruh kampungku mengalami kegelapan.. apa lagi sejarah berulang kembali.. setiap tahun dan setiap kali nak menyambut perayaan seperti Aidilfitri ini mesti ada sahaja masalah.. hurmm Sedang mak tiriku dan kakakku memasak rendang terputuslah bekalan letrik.. hurmm dah hampir 2 jam bekalan letrik ini terputus.. apa lagi terpaksa la memasak berlampukan cahaya lilin..

inilah masalahnya di kampungku dari kakak aku dilahirkan pada tahun 1969 sehingga sekarang, dua masalah ini masih belum selesai iaitu air dan api (letrik).. hurmm tak tau la.. rasa kecewa ar.. huhuhu... bgini la stiap tahun yang akan aku dan orang2 kampung alami..

Wednesday, September 8, 2010

Penghujung Ramadhan - Adakah kita beroleh hasilnya???

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullillah

Esok adalah hari terakhir kita berpuasa. Malam ini kemungkinan juga terawih terakhir untuk ramadhan kali ini. Saya risau, bimbang, ini ramadhan terakhir saya. Tetamu kita ramadhan ini bakal meninggalkan kita semua. Mahu tidak mahu, rela atau tidak, hakikatnya ramadhan pasti berlalu. Setakat mana madrasah ramadhan ini telah berjaya mentarbiyah kita. Adakah mampu untuk kita istiqamah dengan apa yang sudah dilakukan sepanjang ramadhan? Ya, keberjayaan kita mendapat dan merasai tarbiyah ramadhan adalah dengan melihat adakah mampu untuk kita istiqamah pada bulan-bulan berikutnya.

Ramadhan 30 hari telah kita lalui, dan hasilnya untuk kita gunakan pada bulan-bulan berikutnya. Demikianlah juga pahala yang merupakan projek paling besar. Untungnya sangat besar, jadi padanlah dengan menunggunya begitu lama iaitu selepas MATI baru mendapat hasilnya. Moga-moga kita terus dapat menuai hidayah iman di sepanjang kehidupan sampai ke saat ajal datang menjemput kelak. ameen.

Ya ALLAH, kurniakanlah aku benih hidayah dan cahaya keimanan.. AMINNN

Best Berbuka Posa dengan Keluarga

Gembiranya pabila dapat berbuka puasa bersama parents dan adik-beradik yang lain.
Tapi time berbuka posa just 2 orang adik-beradik aku tak da..
coz depa masih lagi bekerja maybe depa cuti time 1st raya nanti..
walaupun 2 orang adik-bradik lain tidak datang tapi aku gembira coz dapat berbuka bersama parents aku..
coz selama study d UPSI dah 3 tahun aku berpuasa dan beraya di Kolej sahaja..
So tahun ini adalah tahun ke-2 aku beraya bersama kuarga.. hehehee
Juadah berbuka posa aku dgn family aku adalah menu fevret aku.. gembira hati.. hehe
coz mak tiri aku masakkan mee suah + udang, nasi goreng + udang, kuih muih dll lagi..
Alhamdulillah, aku bersyukur coz dikurniakan kuarga yang bahagia..
Insyaallah, aku berdoa agar kuarga ku ini sentiasa dmurahkan rezki oleh yang maha esa. AMIN

Monday, September 6, 2010

Tak Lama Lagi & Tak Sabar

Yess.. penat lelahku menunggu d Airport LCCT..
akhirnya tak lama g jam akan menunjukkan jam 5.10 petang...
pada masa itulah aku akan berangkat ke Sabah..
tak sabar mahu jumpa anak-anak saudaraku..
tak sabar nak tengok koleksi komik-komikku, harap-harap tak di makan Anai-anai..
tak sabar mahu masuk bilikku yang baru, thanks to my father coz buatkan aku bilik.. hehe
tak sabar mahu jumpa kazen-mazen...
tak sabar mahu jumpa rakan-rakan lama yang dah lama tidak kedengaran khabar dari mereka..
tak sabar mahu makan masakan ibu tiriku...
tak sabar mahu pegi ziarah kubur arwah ibu...
tak sabar mahu jumpa ayahanda ku...
tak sabar mahu jumpa adik-bradikku..

So semua itu lumrah kehidupan pabila sorang hamba Allah dah lama tidak pulang kampung halaman,

Sunday, September 5, 2010

LCCT

Hari ni aku berada di LCCT.. aku tiba di LCCT jam 11.00 pagi.. Aku stay d LCCT shingga flightku pada esok hari jam 5 petang.. terlalu bersemangat nak balik Sabah.. hahaha..

Wah aku amat terkejut dengan perubahan LCCT.. dah berapa tahun aku tidak menaiki khidmat penerbangan Air Asia.. memang kagum ar dengan LCCT, macam2 ada..

Hari ini begitu ramai manusia berkumpul di LCCT, semuanya dengan satu tujuan iaitu nak balik raya.. Aku sempart berkenalan dengan abang yang berasal dari Surabaya.. Kesian, penerbangan abang tu delay.. spatutnya flightnya jam 6 pagi tadi tapi delay dan di tukar p jam 7.10 malam.. So berbual-bual dengan beliau sahaja.. Jam 6.00 petang tu beliau dan beberapa membernya pun pegi membuat check-in barang. So aku kembali sunyi tiada member nak berborak..

Lagi beberapa minit nak berbuka aku telah membeli juadah di KFC, just order ayam 2 ketul n air pepsi.. Alhamdulillah berbuka dengan KFC sahaja.. hehe sebenarnya best ar.. hahaha..

Selepas berbuka tu, ada la uncle mat salleh ini datang n menyelongkar barang-barangnya yang banyak tuk bersiap nak balik Australia.. Uncle tu datang Malaysia bersama dengan Ibu dan anaknya. Aku ternampak yang beliau telah membeli banyak barang iaitu Sabah Tea.. aku tertanya-tanya mesti uncle ini bercuti di Sabah.. So aku memberanikan diri tuk berspeaking dengan uncle tersebut.. Alhamdulillah rupanya uncle tu peramah, so perbualan kami panjang lebar, biar pun English aku x berapa power, so aku mampu membalas stiap patah dari mulut uncle tu.. Uncle tu bg tau dia bercuti di Malaysia ini selama 2 bulan.. Mula-mula dia bercuti ke Sri Lanka, n then baru pegi ke Kuala Lumpur, kemudian uncle tu p bercuti ke Sabah.. wah mcm-mcm pujian yg uncle lontarkan mgenai Sabah.. hehe.. kagum dgn negeriku Sabah.. dia kata nk datang bercuti lagi ke Sabah.. hehehe.. Kemudian uncle tu tanya sama ada saya masih study ke atau keje, so aku bg tau la baru hbs study n nak konvo, n then dia tnya lagi, flight bila, so aku bg tau kat dia yg flight aku esok (6/09/2010 - Isnin jam 5 pm)... Uncle tu terkejut coz aku amik masa lama tuk menunggu di LCCT dan tido d LCCT.... so uncle tu pun tnya barang byk tak???
so aku tunjukkan la Luggage aku kat troli yg kaku berdiri di hadapanku.. uncle tu lg terkejut, dia tnya knp x smpan barang kat peti simpanan.. aku bg tau kat dia so expensive.. uncle tu pun mengiyakannya.. pastu uncle tu suruh aku smpan barang aku kat peti simpanan sbb dia masih ada baki wang tuk peti simpanan tu, wah terlalu baiknya uncle ni nak tolong aku smpankan barang dlm peti.. dia bertekak dgn akak kaunter yg jaga barang tu coz peti tu atas nama uncle tu n tidak boleh di isi oleh org lain.. tekak begitu lama, last2 uncle tu bayarkan aku tuk smpan barang, katanya sbgai hadiah n perkenalan semasa berborak td.. huhuhu terharu aku dgr,,, aku aku mgucapkan thanks kat dia coz susah payah bantu aku, anak dia pun kata jgn risau smpan je dlam peti tu (dlm english).. so aku berterima kasih kat uncle, anak dia dan mak uncle tu coz bantu aku... tak sangka mat salleh ni rupanya baik dan peramah... n then lps tu aku dan ahli keluagra uncle tu pun bersalaman dan mgucapkan selamat jalan.. penerbangan uncle tu jam 10.30 pm ke Australia... aku doakan perjalanan uncle dan ahli kuarganya selamat tiba di Australia... sgt2 terharu dgn kebaikannya...

after that, aku pun jalan2 sendirian di ruang LCCT.. sangat boring so jalan2 jak la, baca2 majalah n then lastly aku pun surf tenet... n now aku sdg surf tenet dan membuat nukilan ini d Blog... hehee

so esok adalah penerbangan aku, harap2 semuanya berjalan lancar..
AMIN....



Awangku Masazwan
Airport LCCT
9.50 pm
5 Sept 2010..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...